Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

Sejarah Penubuhan

Kenali KOTANI secara lebih dekat

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92. Keanggotaan KOTANI seramai 6,382 orang sehingga 31 Disember 2016 yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pertanian dari semua jabatan dan agensi dibawahnya. Mulai 26 April 2006, kakitangan di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar juga boleh menganggotai KOTANI. Ini menjadi jumlah kakitangan yang berpotensi menjadi anggota KOTANI adalah lebih dari 30,000 orang.

Pentadbiran KOTANI mempunyai 12 orang kakitangan tetap yang berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan anggota ketika berurusan dengan KOTANI di bawah naungan Lembaga Pengarah yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin untuk mengurus dan mentadbir koperasi.

Aktiviti utama KOTANI ialah Skim Pembiayaan KOTANI dan Skim Insuran KOTANI. Disamping itu juga, KOTANI telah menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti penternakan ikan air tawar, pemborongan dan peruncitan, kiosk dan kafe, kedai pajak gadai Ar Rahnu dan resort Taman Ekstrem Tasik Chinchin di bawah anak syarikat, Kotani Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) yang lebih menumpukan pelancongan dalam negeri, sebagaimana yang dialu-alukan oleh kerajaan.

Visi, Misi dan Prinsip Kami

Visi KOTANI

  • Menjadi sebuah koperasi yang unggul menjelang tahun 2020
  • Yang berteraskan perkhidmatan berkualiti kepada anggota
  • Kecemerlangan ekonomi dalam semua bidang
  • Melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu global dan berekonomi tinggi selaras dengan dasar koperasi negara

Misi Kami

  • Menjadi sebuah koperasi yang berdaya maju selaras dengan pembangunan dan teknologi semasa dengan menyertai beberapa projek yang berdaya saing dan berpotensi seperti bidang hartanah, pertanian, perladangan pembangunan di samping mengamalkan budaya korporat yang cemerlang
  • Meningkatkan ekonomi dan taraf rakyat melalui program atau projek komuniti untuk rakyat seperti program motivasi, hospital, sekolah dan sebagainya
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan komuniti berdasarkan prinsip dan nilai koperasi selain melahirkan anggota yang komited, berpengetahuan, kreatif, inovatif dan beretika bagi memenuhi hasrat wawasan 2020
  • Beramal bagi pendapatan yang diperolehi oleh koperasi bagi tujuan membantu fakir miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan bantuan

Prinsip

  • Keanggotaan sukarela dan terbuka
  • Perjalanan secara demokrasi
  • Bayaran untung atas saham terhad
  • Pembahagian keuntungan secara saksama
  • Menggalakkan pendidikan Koperasi
  • Bekerjasama di semua peringkat Koperasi