PROJEK KOTANI

ar- rahnu kotani

Penubuhan Kedai Ar-Rahnu KOTANI merupakan salah satu gerbang kejayaan bagi KOTANI. Bersesuaian dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk membantu anggota dan pihak awam semasa kesempitan secara memberi hutang bercagar menurut landasan dan peraturan syariah. Kini Kedai Ar-Rahnu telah berjaya memasuki tahun ke sembilan operasi dengan peningkatan bilangan pelanggan dari semasa ke semasa. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota KOTANI yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan perniagaan Ar-Rahnu KOTANI.

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 19 telah meluluskan pegangan saham bernilai 3.5 juta untuk dimiliki oleh anggota dan kakitangan KOTANI iaitu AKAUN SIMPANAN KHAS AL-MUDHARABAH (ASKA). ASKA adalah skim tabungan bertujuan memberi pulangan kepada anggota, Koperasi dan institusi untuk melabur wang dalam perniagaan Ar-Rahnu melalui pembahagian keuntungan mengikut jumlah pelaburan dan masih lagi dibuka kepada semua anggota tertakluk kepada syarat-syarat pelaburan.

Syarat-syarat Pelaburan:

  • Terbuka kepada semua anggota KOTANI yang telah membayar saham minima Koperasi iaitu RM 100.00.
  • Terbuka kepada semua kakitangan KOTANI dan anak syarikatnya.
  • Pegangan saham minima berjumlah RM 100.00 untuk (1 lot) dan maksima RM 50,000.00 (500 lot) setiap seorang anggota.
  • Semua pihak yang membeli pegangan saham ini wajib mengisi Borang Belian Saham Ar-Rahnu (3 salinan) beserta dengan salinan kad pengenalan
  • Semua syarat-syarat pelaburan dan perlaksanaan Projek Ar Rahnu KOTANI tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi 57 (1) dan 63 (1) – Akta Koperasi dan Aturan-aturan Skim Ar Rahnu KOTANI.

Cara pembayaran saham Ar Rahnu :

  • Tunai
  • Cek
  • Online ke Bank
  • Potongan gaji selama maksima (20 bulan)
  • Skim pinjaman KOTANI
  • Skim pinjaman KOTANI

Pembahagian Keuntungan :

  • Pembahagian keuntungan sebanyak 7% setahun atas jumlah pelaburan
  • Tidak ada pengagihan dividen atau keuntungan pada tahun pertama operasi projek

Penjualan Saham Ar Rahnu :

Pelabur hanya boleh mengeluarkan pelaburan selepas 3 tahun dari tarikh sijil saham dikeluarkan.

Lokasi Kedai

Kedai Ar Rahnu telah beroperasi pada 28 Februari 2008 bertempat di 33-G, Wisma KOTANI, Jalan Tasik Selatan 3, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Waktu perniagaan bermula pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kedai tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am. Atas permintaan pelanggan khususnya anggota KOTANI yang berurusan dengan Kedai Ar Rahnu KOTANI, maka dengan ini Anggota Lembaga KOTANI telah bersetuju untuk mengenakan upah simpan yang baru iaitu RM 0.65 dan RM 0.75 bagi setiap RM 100.00 nilai marhun bagi menggantikan upah simpan yang lama.
  • No. 33-1, Wisma KOTANI, Jalan Tasik Selatan 3, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
  • 03 – 9056 4730 / 03-9056 4731
  •  pengurus@kotani.com.my
  •  03 – 9056 4729

Hakcipta Terpelihara Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) | “Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda”

Privacy Use | Terms of Use | FAQ