Previous
Next

PERUTUSAN PENASIHAT

DATO’ MOHD SALLEHHUDDIN BIN HASSAN
-Penasihat KOTANI (M) BERHAD

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas kurniaNya kita dapat menganjurkan Mesyuarat Agung Perwakilan KOTANI di mana saya juga merupakan Penasihat kepada KOTANI Berhad. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dan melantik saya menjadi Penasihat kepada KOTANI yang juga merupakan sebuah koperasi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).

Tahniah kepada KOTANI (M) Berhad yang berjaya mengekalkan kesinambungannya sebagai sebuah koperasi yang telah berusia 32 tahun. Kemuafakatan semua pihak dalam KOTANI telah memainkan peranan untuk memastikan hala tuju KOTANI dapat dicapai dan terus bersama-sama kekal dalam ‘satu keluarga besar’ sehinggalah ke hari ini. Kesetiaan dan kepercayaan kita semua ini tidak harus dihakis dari semangat asal penubuhan sesebuah koperasi iaitu bagi membantu sesama ahli.

Ini juga adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana banyak angkatan koperasi yang ditubuhkan akhirnya tersungkur kerana kelemahan- kelemahan yang berlaku dan hilangnya kesetiaan serta semangat anggota dalam membantu anggota.

Ini sesuai dengan pengekalan tagline asal “Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu” yang bermaksud matlamat sesuatu koperasi adalah untuk memperjuangkan kesemua anggota koperasi dan mereka pula seharusnya menyumbang semula kepada pembangunan koperasi.

Tidak dinafikan perjuangan untuk membawa kejayaan supaya terus dapat bertahan dalam pergerakan koperasi ini perlu kesatuan dan penglibatan anggotanya serta peranan pengurusan secara menyeluruh di semua peringkat. Saya menyokong gerakan koperasi ini untuk terus diberi perhatian dan sokongan supaya terus berkembang maju. Ini selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 yang menetapkan sasaran perolehan gerakan koperasi sebanyak RM50 bilion menjelang tahun 2020.

Bagi memastikan